TEKNIK PENJARIAN REKODER
Sebelum memulakan pengajaran permainan
alat perkusi iaitu rekoder, murid akan mempraktikkan kedudukan postur badan
yang betul. Duduk dengan postur badan yang tegak serta kawalan pernafasan yang
betul supaya murid dapat memainkan rekoder dengan baik, teratur dan lancar.
Sebelum itu, murid terlebih dahulu akan
membuat latihan solfa dan isyarat tangan Kodaly bagi menunjukkan perbezaan
bunyi not. Latihan cara memegang rekoder turut dititikberatkan kerana murid
mesti diajar memegang rekoder dengan cara yang konvensional.Penjarian
tangan kiri di bahagian atas rekoder manakala tangan kanan di bahagian bawah
rekoder. Sekiranya murid dapat menguasai penjarian tangan kiri iaitu not B, A
dan G, maka murid itu sudah tentu dapat memainkan beberapa buah lagu pendek
mengikut skor lagu. Antara lagu-lagu tersebut ialah “Mary Had A Little Lamb”, “Bun”,
Hello My Kids” dan lain-lain lagi.
Guru akan beransur-ansur menambah
latihan penjarian tangan kanan sekiranya mendapati murid telah dapat menguasai
penjarian tangan kiri dan dapat
memainkan not-not tersebut dengan lancar mengikut skor lagu. Agak sukar bagi
murid yang kidal kerana mereka terpaksa menukar penjarian tangan mengikut
kemahiran tangan masing-masing. Namun terdapat sebilangan di antara mereka
tetap mempraktikkan penjarian tangan pada rekoder mengikut cara yang
konvensional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan