KONSEP PERGERAKAN ASAS
Tujuan pergerakan asas membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan.
* Boleh dicapai dengan
- mendorong kanak-kanak untuk mengkaji
pertalian antara pergerakan asas dengan
elemen-elemen pergerakan (ruang, masa,
kuasa).
- melatih kanak-kanak untuk melakukan pergerakan asas dengan
betul.
- Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang
dihasilkan.
- Menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan.
- Memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami
asas-asas konsep pergerakan tersebut.
- Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan
boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk
meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang jenis
pergerakan badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan