SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ......WELCOME...... SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Selasa, 30 April 2013

Contoh latihan Teori (bertulis) Pendidikan Muzik


Padankan Not dengan betul.
              

Mari menyanyi dan memainkan rekoder

Penjarian rekoder tangan kiri:

Not  B   = Jari telunjuk

Not  A   = Jari tengah /jari hantu

Not  G   = Jari manis

SELAMAT MENCUBA, USAHA PASTI BERJAYA..........
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKUSI BADAN?

Perkusi badan ialah sebarang bunyi yang dihasilkan oleh anggota badan contohnya bunyi tepukan,  hentakan kaki, bunyi yang dihasilkan oleh mulut dan sebagainya. Aktiviti perkusi badan merupakan salah satu aspek pengalaman muzikal yang boleh mencungkil bakat dan kreativiti murid semasa P&P Pendidikan Muzik di sekolah rendah. 



AKTIVITI PERMAINAN ALAT PERKUSI
KERINCING DAN KASTENET

Permainan alat-alat perkusi merupakan salah satu aktiviti P&P yang diminati dan ditunggu-tunggu oleh murid.   Aktiviti pengalaman muzikal ini menitikberatkan cara memegang dan memainkan alat perkusi dengan cara yang konvensional selain menerapkan aspek disiplin yang amat tinggi di kalangan murid.  


Jumaat, 26 April 2013


                                  TEKNIK PENJARIAN REKODER

Sebelum memulakan pengajaran permainan alat perkusi iaitu rekoder, murid akan mempraktikkan kedudukan postur badan yang betul. Duduk dengan postur badan yang tegak serta kawalan pernafasan yang betul supaya murid dapat memainkan rekoder dengan baik, teratur dan lancar.

Sebelum itu, murid terlebih dahulu akan membuat latihan solfa dan isyarat tangan Kodaly bagi menunjukkan perbezaan bunyi not. Latihan cara memegang rekoder turut dititikberatkan kerana murid mesti diajar memegang rekoder dengan cara yang konvensional.Penjarian tangan kiri di bahagian atas rekoder manakala tangan kanan di bahagian bawah rekoder. Sekiranya murid dapat menguasai penjarian tangan kiri iaitu not B, A dan G, maka murid itu sudah tentu dapat memainkan beberapa buah lagu pendek mengikut skor lagu. Antara lagu-lagu tersebut ialah “Mary Had A Little Lamb”, “Bun”, Hello My Kids” dan lain-lain lagi.

            Guru akan beransur-ansur menambah latihan penjarian tangan kanan sekiranya mendapati murid telah dapat menguasai penjarian tangan  kiri dan dapat memainkan not-not tersebut dengan lancar mengikut skor lagu. Agak sukar bagi murid yang kidal kerana mereka terpaksa menukar penjarian tangan mengikut kemahiran tangan masing-masing. Namun terdapat sebilangan di antara mereka tetap mempraktikkan penjarian tangan pada rekoder mengikut cara yang konvensional.


Isnin, 22 April 2013

SOLFA dan Isyarat tangan KODALY - Latihan wajib sebelum aktiviti nyanyian dan permainan rekorder


Alat-alat muzik


RASIONAL PENDIDIKAN MUZIK DI SEKOLAH

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.


PENDIDIKAN MUZIK DAN KREATIVITI
Lorrin Hollander (2002 ) menyatakan muzik sangat berpengaruh dalam diri seorang kanak-kanak iaitu:

“ Children are born wildly creative that is who they are. Their vision, imagination, intuition, dream mythology and capacity to play, are fully formed. They are born artist: dancers who write the rhythmically; musicians-singing intervals long before they speak language. They are deepest selves, a priori, being the full self-expression of the artist. That is who they are.
                                                                                                                                    ( Hollander 2002)

Muzik mempengaruhi kreativiti kanak-kanak secara semulajadi dan kanak-kanak dilahirkan dengan muzikaliti seperti menari, dan menyanyi serta berkebolehan muzik lain dalam diri kanak-kanak sebelum mampu bercakap.
KONSEP PERGERAKAN ASAS

Tujuan pergerakan asas membolehkan setiap kanak-kanak  menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan     pergerakan dengan cara yang berkesan.
* Boleh dicapai dengan
   - mendorong kanak-kanak untuk mengkaji 

     pertalian antara pergerakan asas dengan 
     elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, 
     kuasa).
   - melatih kanak-kanak untuk melakukan pergerakan asas dengan 
      betul.
   - Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang 
     dihasilkan.
   - Menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan.
   - Memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami 
     asas-asas konsep pergerakan tersebut.
   - Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan 
     boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk 
     meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang jenis 
     pergerakan badan.


Jumaat, 5 April 2013

PROGRAM DIDIK SENI UPSI-SKPC 2013, KULIAH KE-2














AKTIVITI P&P PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 SK PROTON CITY - Improvivsasi alat muzik dari bahan terbuang...






MUZIK DAN TERAPI MINDA....


Washington: Terapi muzik didapati membantu menenangkan pesakit sebelum, ketika dan selepas pembedahan selain mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan waktu pemulihan, kata satu kajian terbaru.

Universiti Kentucky yang melakukan penyelidikan terhadap penggunaan muzik dalam pra pembedahan, ketika pembedahan dan peringkat pos pembedahan mendapati muzik berjaya memberikan keputusan positif dalam semua tiga peringkat berkenaan. 


Muzik yang perlahan dan tenang menghasilkan keputusan paling positif dan memberikan keadaan tenang serta mengurangkan kesakitan kepada pesakit. 


Data mencadangkan bahawa muzik boleh memberi beberapa manfaat antaranya dalam mengurangkan kos dan tempoh tinggal di unit rawatan rapi, lapor Southern Medical Journal.

Pesakit akan berasa kurang takut sebelum menjalani prosedur dan pulih dengan lebih cepat serta berasa berpuas hati selepas didedahkan dengan muzik ketika pembedahan dan frasa pos pembedahan dijalankan.

Mereka juga tidak memerlukan banyak bius dan dilaporkan lebih berpuas hati dengan pengalaman perubatan itu, kata kenyataan Kentucky.

Di sini di UK (Universiti Kentucky), muzik terapi biasanya digunakan bagi membantu pesakit menangani rasa sakit dan takut, kata Lori Gooding, pengarah terapi muzik Kentucky. 
Muzik yang dipilih oleh kakitangan terlatih lebih sesuai kerana garis panduan khas bagi pemilihan muzik perlu dipatuhi dalam usaha untuk memaksimumkan kesan positif kepada pesakit walaupun cita rasa muzik pesakit juga dipertimbangkan.

Karektor muzik juga penting dalam keberkesanan terapi muzik. 
Antara lain termasuk tempo, irama dan kelantangan muzik yang perlu dikawal secara berhati-hati untuk memberikan kesan positif yang maksimum sesebuah muzik terbabit. 
Agensi


Petikan Dari Akhbar Berita Harian 25 Nov. 2012