SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ......WELCOME...... SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Selasa, 30 April 2013

Contoh latihan Teori (bertulis) Pendidikan Muzik


Padankan Not dengan betul.
              

Mari menyanyi dan memainkan rekoder

Penjarian rekoder tangan kiri:

Not  B   = Jari telunjuk

Not  A   = Jari tengah /jari hantu

Not  G   = Jari manis

SELAMAT MENCUBA, USAHA PASTI BERJAYA..........
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKUSI BADAN?

Perkusi badan ialah sebarang bunyi yang dihasilkan oleh anggota badan contohnya bunyi tepukan,  hentakan kaki, bunyi yang dihasilkan oleh mulut dan sebagainya. Aktiviti perkusi badan merupakan salah satu aspek pengalaman muzikal yang boleh mencungkil bakat dan kreativiti murid semasa P&P Pendidikan Muzik di sekolah rendah. 



AKTIVITI PERMAINAN ALAT PERKUSI
KERINCING DAN KASTENET

Permainan alat-alat perkusi merupakan salah satu aktiviti P&P yang diminati dan ditunggu-tunggu oleh murid.   Aktiviti pengalaman muzikal ini menitikberatkan cara memegang dan memainkan alat perkusi dengan cara yang konvensional selain menerapkan aspek disiplin yang amat tinggi di kalangan murid.  


Jumaat, 26 April 2013


                                  TEKNIK PENJARIAN REKODER

Sebelum memulakan pengajaran permainan alat perkusi iaitu rekoder, murid akan mempraktikkan kedudukan postur badan yang betul. Duduk dengan postur badan yang tegak serta kawalan pernafasan yang betul supaya murid dapat memainkan rekoder dengan baik, teratur dan lancar.

Sebelum itu, murid terlebih dahulu akan membuat latihan solfa dan isyarat tangan Kodaly bagi menunjukkan perbezaan bunyi not. Latihan cara memegang rekoder turut dititikberatkan kerana murid mesti diajar memegang rekoder dengan cara yang konvensional.Penjarian tangan kiri di bahagian atas rekoder manakala tangan kanan di bahagian bawah rekoder. Sekiranya murid dapat menguasai penjarian tangan kiri iaitu not B, A dan G, maka murid itu sudah tentu dapat memainkan beberapa buah lagu pendek mengikut skor lagu. Antara lagu-lagu tersebut ialah “Mary Had A Little Lamb”, “Bun”, Hello My Kids” dan lain-lain lagi.

            Guru akan beransur-ansur menambah latihan penjarian tangan kanan sekiranya mendapati murid telah dapat menguasai penjarian tangan  kiri dan dapat memainkan not-not tersebut dengan lancar mengikut skor lagu. Agak sukar bagi murid yang kidal kerana mereka terpaksa menukar penjarian tangan mengikut kemahiran tangan masing-masing. Namun terdapat sebilangan di antara mereka tetap mempraktikkan penjarian tangan pada rekoder mengikut cara yang konvensional.